Satu pautan dalam bio. Orang tekan, terus beli.
Kuih Mak Cik Ros
Kuih tradisional, buat pagi tadi. Ambil sendiri di Shah Alam atau pos.
Seksyen 7, Shah Alam, Selangor
Sabtu dan Ahad, 9 pagi hingga 12 tengah hari
Order baru, RM24.00. 2 x Kuih lapis, ambil sendiri Sabtu.
Dari bio ke duit masuk.
Letak satu pautan dalam bio
Threads, TikTok, Instagram, atau status WhatsApp. Pautan sama untuk semua.
Pembeli pilih dan isi
Kuantiti, warna, alamat atau slot. Semua dalam satu skrin, tanpa daftar akaun.
Bayar terus kepada anda
DuitNow QR ke akaun anda sendiri, atau FPX dan kad melalui Curlec anda.
Order masuk WhatsApp
Butiran lengkap sampai di WhatsApp dan Telegram. Anda hanya perlu pos.
Halaman anda dibina daripada blok. Susun ikut apa yang anda jual.
Kuantiti, stok dan kawasan pos. Stok tolak sendiri bila orang beli.
Ditambah blok Kepala untuk nama, gambar dan media sosial anda.
Sambal Kak Na
Sambal hitam Pahang, resipi arwah mak.
Duit pembeli masuk akaun anda. Bukan akaun kami.
NodeX tak pegang duit dan tak ambil komisen, walau satu sen. Tiada tunggu payout, tiada potongan setiap jualan.
- DuitNow QRPercuma
- Muat naik QR akaun anda. Pembeli imbas, bayar, dan hantar order ke WhatsApp anda. Anda tanda "Dibayar" bila duit masuk.
- FPX dan kadPro
- Sambung akaun Curlec anda sendiri. Pembeli bayar dalam halaman, order bertukar "Dibayar" dengan sendirinya.
21 rupa. Tukar bila-bila masa.
Pilih rupa yang kena dengan barang anda. Isi kandungan kekal sama, cuma gaya bertukar.
Kuih Mak Cik Ros
Kuih tradisional, buat pagi tadi. Ambil sendiri di Shah Alam atau pos.
LOKASIAmbil sendiriSeksyen 7, Shah Alam, Selangor
Sabtu dan Ahad, 9 pagi hingga 12 tengah hari
nodex@kuihmakcikrosKuih dan kek- @tudunghanaFesyen
Kelas Bakeri Riza
Kelas kek kecil, 6 orang satu sesi. Bawa pulang apa yang anda buat.
SERVIS · TEMPAH SLOTKelas kek asasDeposit RM 50.00Sabtu, 10 pagi hingga 1 petang. Setia Alam.
Tempah slotnodex@kelasrizaKelasSambal Kak Na
Sambal hitam Pahang, resipi arwah mak. Tahan 3 bulan.
Pos setiap Isnin dan Khamis
Order sebelum 9 malam, pos hari berikutnya.
Soalan lazim
Pedas tak?
Pedas sederhana. Ada versi kurang pedas, tulis dalam nota order.
Perlu masuk peti sejuk?
Selepas buka, ya. Tahan 3 bulan.
nodex@sambalkaknaProduk rumahLilin Laut
Lilin soya tuang tangan. Bau pandan, kopi dan hujan.
nodex@lilinlautKraf
Mula percuma.
Percuma
RM0
Selamanya. Untuk mula jual.
- 1 halaman
- 8 blok
- 100 order sebulan
- DuitNow QR dan order WhatsApp
- Notifikasi Telegram
Pro
RM19/bulan
Bila jualan dah laju.
- 3 halaman
- Blok dan order tanpa had
- Gateway Curlec sendiri (FPX, kad)
- Analitik 90 hari
- Pautan pilihan sendiri
- Eksport CSV
- Pembantu AI (ChatGPT, Claude)
- Buang jenama NodeX
Naik taraf ke Pro dari Tetapan bila-bila masa. Pro dibayar sekali bagi setiap tempoh (sebulan = 30 hari, setahun = 365 hari), tanpa caj automatik dan tanpa kontrak. Kami ingatkan anda sebelum Pro tamat.
Soalan biasa.
Apa beza NodeX dengan Linktree?
Linktree senaraikan pautan. NodeX ialah kedai: pembeli boleh pilih produk, isi alamat, tempah slot dan bayar terus di halaman anda, dan order masuk ke WhatsApp dan Telegram anda.
Berapa komisen setiap jualan?
Tiada. NodeX tak ambil komisen dan tak pegang duit anda. Pembeli bayar terus ke akaun bank anda melalui DuitNow QR, atau ke akaun Curlec anda sendiri untuk FPX dan kad (Pro).
Pembeli perlu daftar akaun?
Tidak. Pembeli buka pautan anda, pilih, isi nama dan nombor telefon, dan bayar. Tiada aplikasi atau akaun diperlukan.
Boleh guna di Threads, TikTok dan Instagram?
Boleh. Letak pautan nodex.my/@nama anda di bio mana-mana platform, status WhatsApp atau poster dengan kod QR yang disediakan.
Boleh jual produk digital seperti e-book?
Boleh. Guna blok Produk dengan penghantaran digital. Bila order ditanda dibayar, pembeli terima pautan muat turun melalui emel.
Macam mana saya tahu ada order baru?
Setiap order masuk ke senarai Order dalam NodeX, dan anda boleh terima notifikasi Telegram dan notifikasi push di telefon.





